Pemuda PAS Tolak Usul Anjur Bersih 4.0

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara menolak usul untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 4.0 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Usul berkenaan ditolak selepas mengambil kira beberapa pandangan agar Pemuda PAS memberi tumpuan kepada gerak kerja bagi memantapkan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi.

"Tak perlu adakan Bersih 4.0. Kami minta supaya usul bersih 4.0 ditangguhkan dahulu bagi memberi tumpuan untuk kita tawan Putrjaya.

"Kita juga berpendapat bahawa seharusnya Pemuda memberi tumpuan kepada program penerangan kepada ahli bagi menghadapi pilihan raya umum. Adalah lebih baik untuk ditumpukan kepada gerak kerja di kawasan masing-masing," kata Perwakilan Putrajaya, Salahuddin Zaini pada Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, Khamis.

Terdahulu, usul berkenaan dikemukakan perwakilan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang mendedak supaya pimpinan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Salahuddin menegaskan penganjuran siri perhimpunan Bersih tersebut turut memberikan kesan kepada peruntukan kewangan selain pembaziran tenaga.

"Bersih 4.0 memerlukan tenaga dan mengambil masa yang lama, lebih baik tenaga yang ada kita fokus kepada pemantapan jentera parti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan