Pemberitaan Harakah Merosot - Pemuda PAS Wilayah

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sidang pengarang lidah rasmi PAS, Harakah ditegur kerana gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.

Selain itu mutu pemberitaan media rasmi PAS itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan PAS Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.

"Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam," kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media.

Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak PAS Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.

"Kita juga mendesak PAS Pusat membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan