Malaysia Terjemah Konsep Hijrah Dalam Transformasi Negara - PM

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendekatan Hijrah telah diterjemahkan dalam melaksanakan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan yang lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berpegang dengan definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan, Malaysia telah melakukan perubahan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif," kata Najib di dalam perutusan Maal Hijrah beliau dalam blog www.1Malaysia.com.my, di sini, Rabu.

Melafazkan rasa syukur kerana Malaysia masih dapat menyambut Maal Hijrah 1434H tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat, Najib kata ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'.

Berhijrah kata Najib adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan dan ianya adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa.

"Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat...mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah," katanya, merujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah yang menyentuh konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah swt.

Najib berkata syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat daripada kesatuan dan kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit.

Katanya Malaysia telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah yang telah digarapkan dalam segenap perkara di dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang di negara ini.

"Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan," kata Najib yang menambah bahawa konsep itu juga dapat mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara keseluruhannya.

Najib berkata konsep kesederhanaan itu telah diketengahkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara.

Antaranya baru-baru ini ketika Kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Kerajaan Filipina.

"Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka," katanya.

Selain itu Najib berkata baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.

Mengakhiri perutusannya, Najib dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam Malaysia dan berharap sambutan itu diraikan bersama rakan-rakan daripada pelbagai bangsa demi menjayakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan