K'jaan Malaysia Dukacita Dan Kesal Kes Rogol Warga Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia amat dukacita dengan satu lagi kes perkosa membabitkan wanita Indonesia yang dilapor berlaku di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Wanita berkenaan itu juga difahamkan telah diikat dan tidak diberi makan selama empat hari.

"Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji ini yang juga merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan, di sini Khamis.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar akan mengikuti perkembangan kes tersebut dengan Polis Diraja Malaysia serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia.

Mangsa dilapor bekerja sebagai pembantu rumah dan majikannya kini ditahan reman selama tujuh hari sejak 13 Nov lepas bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.

Media sebelum ini melaporkan tiga anggota polis ditahan reman selepas didakwa merogol seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu restoran di Pulau Pinang. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan