Kita Perlu Bina Negara Ini Bersama-Sama - PM

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib memberi pandangan pada sesi
Najib memberi pandangan pada sesi "Brainstorming with Youth Opinion Leaders For A Better Malaysia". Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas, Datuk Seri Dr Kamal Jit Singh (berdiri,dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, Mark Rozano (Berdiri,kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam membina sebuah negara yang betul-betul maju tanpa mengira fahaman politik mereka.

Menyatakan Malaysia adalah tempat "di mana kita dilahirkan dan menetap", Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersama-sama berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tiada tandingannya.

"Ini adalah negara kita dan kita perlu menjadikan Malaysia sebuah negara yang tiada tandingannya dan saya percaya kita boleh melakukannya," katanya pada sesi percambahan minda dengan pemimpin muda "Youth Opinion Leaders For A Better Malaysia", di sebuah restoran di Bangsar di sini, Rabu.

Najib berkata beliau menghadiri perjumpaan hari ini kerana pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk menjana idea-idea bagi pembinaan negara bangsa.

"Apa yang penting ialah, kami mahu membina negara ini, dan sebagai Perdana Menteri anda, saya mahu mendengar idea-idea anda dan saya percaya sebahagian idea anda adalah idea yang hebat," katanya.

Menjawab soalan daripada peserta, Najib berkata beliau benar-benar serius dalam usaha untuk melakukan transformasi negara dan amat komited dengan usaha itu.

"Ini kerana saya mempunyai harapan yang banyak untuk negara dan harapan berkenaan boleh diterjemahkan, dan boleh menjadi realiti," katanya.

Beliau berkata sesi bersama golongan muda seumpama itu bagi menjana idea-idea boleh membantu kerajaan dalam melaksanakan program-programnya untuk melakukan transformasi negara.

Perdana Menteri berkata beliau percaya dengan golongan muda kerana mereka mempunyai banyak idea hebat yang dapat memacu pembangunan negara, sambil menyatakan banyak idea hebat telah dikemukakan pada sesi itu yang sebenarnya boleh dilaksanakan.

"Ia bukan idea yang kita boleh anggap sebagai idea khayalan, tetapi idea yang boleh diterjemahkan kepada tindakan," katanya.

Kira-kira 48 peserta terdiri pemimpin belia, wakil media, blogger muda terkenal dan pemimpin muda mengambil bahagian dalam sesi itu untuk berkongsi idea dengan Najib.

Pelbagai topik disentuh pada sesi itu, antaranya cara untuk menambahbaik perkhidmatan pelanggan, sistem pendidikan, pendapatan pelancongan, kebersihan serta mengurangkan kes penyakit kencing manis atau diabetes di negara ini.

Najib kemudiannya melancarkan 'Cabaran Genovasi', yang akan menjadi platform mengujakan untuk rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda negara untuk melakukan perubahan positif yang mereka ingin saksikan berlaku di Malaysia.

Cabaran itu adalah sebahagian daripada inisiatif menyeluruh Genovasi yang dilancarkan Najib pada 1 Ogos tahun ini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan