Isu Pembantu Rumah Warga Asing Jadi Tumpuan Muslimat PAS

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Isu pembantu rumah warga asing menjadi tumpuan pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di sini, Khamis apabila usul itu dibahaskan pada muktamar kali ini.

Usul mengenai perkara itu dibawa perwakilan Indera Mahkota, Zuriati Muhammad yang mencadangkan langkah wajar diambil bagi mengurangkan pergantungan pembantu rumah warga asing.

"Rekod menunjukkan kira-kira 200,000 pembantu rumah warga asing di negara kita yang sebahagiannya warga Indonesia. "Mengapa perlu menggaji orang luar. Pekerjaan ini jangan dianggap kelas terendah dan sudah sampai masanya kita mengambil pekerja tempatan," katanya ketika membawa usul sosial mengenai pembantu rumah itu.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menjadikan kerjaya pembantu rumah sebagai pekerjaan menarik dengan menawarkan gaji berpatutan termasuk diberikan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sementara itu, perwakilan Bahagian Batu, Salbiah Abdul Wahab ketika membahaskan isu itu mencadangkan kerajaan mewujudkan institusi melahirkan tenaga kerja dalam bidang itu.

"Saya juga mencadangkan agar ada juga kolej-kolej yang turut menawarkan kursus pembantu rumah ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan