Elak Dikait Fahaman Syiah - Perwakilan Pemuda

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pemuda PAS digesa supaya lebih berani menegur kepimpinan tertinggi PAS Pusat khususnya bagi mengelakkan parti itu dikaitkan seolah-olah mendokong fahaman Syiah.

Perwakilan Melaka, Mohamad Ghani berkata, Pemuda PAS perlu menghatar mesej yang jelas kepada kepimpinan tertinggi parti itu agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan dan fitnah.

"Saya menyeru kepimpinan Pemuda agar menegur kepada kepimpinan tertinggi di atas supaya menjaga tindak tanduk dan tutur kata agar tidak terjerumus dalam fitnah yang mengaitkan jemaah kita dengan fahaman Syiah.

"Saya tidak menuduh pimpinan kita ada yang menganut fahaman Syiah...saya tegaskan di sini, saya tidak menuduh. Tetapi oleh kerana ada pimpinan tertinggi yang suka memberikan artikel-artikel dan juga ucapan yang mengagungkan pimpinan-pimpinan Syiah ataupun daripada Iran, ini akan menimbulkan satu persepsi yang tidak baik daripada kalangan ahli mahupun masyarakat," katanya ketika membahaskan ucapatama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi pada muktamar ke-53 di sini, Khamis.

Selain itu Mohamad berkata, akhbar rasmi PAS, Harakah juga diingatkan supaya tidak menyiarkan berita yang memberi gambaran seolah-olah parti yang memperjuangkan Islam itu mendokong fahaman Syiah.

"Saya harapkan agar tidak ada lagi pimpinan dan juga lidah rasmi PAS sendiri, Harakah, yang mengeluarkan sokongan kepada Iran mahupun pimpinan Syiah untuk menjauhkan PAS daripada fitnah," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditemui melahirkan rasa terkejut dengan gesaan terbuka yang dibuat perwakilan berkenaan.

Bagaimanapun Nik Mohd Abduh memuji sikap berani tersebut dan memberi jaminan akan memanjangkan gesaan berkenaan kepada pimpinan tertinggi parti pada Muktamar PAS kali ke-58 yang bakal berlangsung pada Jumaat.

“Kita menggalakkan supaya ahli banyak mengkritik, bukan memuji. Hari ini kita tengok ahli berani mengkritik bukan sahaja kami di peringkat Dewan Pemuda, tapi PAS Pusat juga dikritik, agen-agen kerja PAS juga dikritik dan ia melambangkan satu keberanian, satu suara bebas daripada anak muda yang kita puji.

“Kita ambil ia sebagai suatu yang positif dan kita akan bincang...itu adalah suara daripada bawah dan kita akan bincang nanti dan bawa (ke peringkat) pusat,” katanya yang juga anak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan