Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman Diumum Tokoh Maal Hijrah

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Balu Allahyarham Dr. Abdul Hamid Othman iaitu Puan Sri Jamilah Mohd Said (dua dari kiri) berkongsi anugerah suaminya bersama menantunya Azlul Khalilah Zaghlul (belakang)dan cucu-cucunya iaitu Nazrin (kiri) serta Laiqa Akhyar Wafi Nazrin pada majlis sambutan Maal Hijrah 2012 peringkat kebangsaan di Putrajaya pada Khamis. Foto: MOHD SAHAR MISNI
Balu Allahyarham Dr. Abdul Hamid Othman iaitu Puan Sri Jamilah Mohd Said (dua dari kiri) berkongsi anugerah suaminya bersama menantunya Azlul Khalilah Zaghlul (belakang)dan cucu-cucunya iaitu Nazrin (kiri) serta Laiqa Akhyar Wafi Nazrin pada majlis sambutan Maal Hijrah 2012 peringkat kebangsaan di Putrajaya pada Khamis. Foto: MOHD SAHAR MISNI

PUTRAJAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman pada Khamis diumum penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada sambutan yang berlangsung di sini.

Hadiah wang tunai RM100,000; pingat; plak dan sijil penghargaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada balu Allahyarham, Puan Seri Jamilah Mohd Said.

Dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Sik, Kedah, Allahyarham terpilih menerima biasiswa kerajaan untuk , melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang perundangan Islam.

Pada 1977, Allahyarham dilantik Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan dari 1981 sehingga 1984 selain mengetuai Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam.

Allahyarham semasa hayatnya turut aktif dalam bidang politik dan pernah memenangi pilihan raya umum pada 1990 serta menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno.

Allahyarham dilantik menjadi penasihat kepada Perdana Menteri pada 2001 hingga 2009 dan penasihat Hal Ehwal Islam di Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 23 Dis 2011 akibat serangan agin ahmar, ketika berusia 72 tahun.

Sementara itu balu Allahyarham Jamilah meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas penghargaan yang diberikan.

"Saya berharap apa yang ditinggalkan oleh suami akan diteruskan oleh generasi kini dan sekiranya Allahyarham masih ada sudah tentu penghargaan itu amat bermakna sekali," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan