Yayasan T'ganu Sambung Pinjaman Pelajar Terlibat Himpunan Bersih Di Mesir

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Yayasan Terengganu (YT) menyambung semula pinjaman pengajian seorang pelajar di Universiti Al-Azhar setelah ditahan menyertai perhimpunan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir tahun lepas.

Ketua Penolong Pengarah Tajaan Pelajar YT Mohd Razali Mahmud berkata Muhamad Hasyim Che Ngah, 21, telah membuat pengakuan dan rayuan mengenai penglibatan beliau dalam perhimpunan itu.

"Jadi bagi menentukan nasibnya, kita bawa kesnya ke mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu yang bersidang pada 8 Okt lalu.

"Lembaga itu dalam keputusannya bersetuju untuk menyambung semula pinjaman pelajar berkenaan setelah ditamatkan apabila dia didapati terlibat dalam himpunan berkenaan tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan pelajar anak Terengganu yang terlibat dengan perhimpunan itu sebelum masing-masing ditamatkan pinjamannya tahun lepas.

Beliau adalah salah seorang daripada sembilan pelajar yang terlibat, telah menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada 1 Ogos lepas dan membuat pengakuan serta merayu agar pinjamannya disambung semula.

Mohd Razali berkata semasa pinjamannya diberhentikan pada Mac lalu, Muhamad Hasyim telah membelanjakan sebanyak RM170,000 daripada RM301,144 yang diluluskan YT sebelum itu.

Katanya kini pelajar berkenaan meneruskan pengajian enam tahunnya di bidang perubatan di universiti berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan