Saham Astro Meningkat Selepas Peroleh Hak Penyiaran Liga Perdana Barclays

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga-harga saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat empat sen atau 1.52 peratus selepas mendapat tender hak penyiaran Liga Perdana Barclays (BPL) di Malaysia untuk tiga musim.

Setakat 4.15 petang Rabu, saham kumpulan hiburan media bersepadu terkemuka itu ialah pada RM2.68, bergerak antara RM2.64 dan RM2,70, dengan 8.16 juta saham bertukar tangan.

Astro, pada Rabu berkata yang kontrak untuk tiga musim itu bermula dari musim-musim 2013/14 hingga 2015/2016.

Di bawah pengaturan itu, kesemua 380 perlawanan BPL akan disiarkan secara langsung di Astro, kata syarikat dalam satu kenyataan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan