PPP Kemuka Senarai Calon Bagi Empat Kerusi Parlimen, 12 DUN

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) mengemukakan senarai calon untuk bertanding di empat kawasan Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang untuk pertimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden Kanan PPP Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata kesemua calon terdiri muka baharu kecuali presiden parti Datuk M. Kayveas dan ini mencerminkan pembaharuan yang dilakukan parti.

"Kami sudah serahkan senarai kami, orang yang kami nilai dan calonkan ialah calon yang kami percaya layak dan mempunyai kredibiliti dalam memastikan B N(Barisan Nasional) menang pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran PPP Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Ditanya sama ada nama beliau terkandung dalam senarai itu, Maglin berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang bagi memberi peluang kepada muka baharu.

Pada pilihan raya umum lepas, PPP diperuntukkan dua kerusi di Perak iaitu kawasan Parlimen Taiping dan DUN Pasir Bedamar.

Di Taiping, Kayveas kalah kepada calon DAP Nga Kor Ming dengan 11,298 undi manakala bagi kerusi Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng kalah kepada Seah Leong Peng juga dari DAP dengan 7,914 undi.

Bagaimanapun, Maglin yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata PPP menyerahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri sebagai pengerusi BN untuk mempertimbang senarai calon yang dikemukakan itu.

Menurutnya, jika ada nama yang tersenarai tidak dipilih, ia bukan menjadi penghalang untuk PPP terus berjuang demi kepentingan bersama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan