Najib Terima Kunjungan CEO Motorola Solutions Inc

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Motorola Solutions Inc, Greg Brown, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Noharuddin Nordin.

Najib dan Brown turut menyaksikan penyampaian geran bernilai RM500,000 daripada Motorola Solutions Foundation, cabang kebajikan Motorola Solutions Inc, kepada tiga universiti tempatan untuk menjalankan program pendidikan berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi World Robot Olympiad 2012 dan First Lego League.

Cek bagi geran itu disampaikan oleh Mohd Rauf Nasir, Presiden Motorola Solutions Malaysia bagi pihak Motorola Solutions Foundation kepada wakil Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan juga penganjur World Robot Olympiad (WRO) dan First Lego League (FLL) dan Sasbadi Sdn Bhd.

Geran RM500,000 itu adalah sebahagian geran ijazah lanjutan yayasan itu menerusi universiti tempatan - USM, UTM dan MMU - untuk menyokong pertandingan Novel Research and Innovation Competition (NRIC) dan sekolah-sekolah tempatan dalam program pendidikan untuk menggalakkan STEM menerusi World Robot Olympiad 2012 dan First Lego League.

Sejak 2011, Motorola Solutions Foundation telah menyalurkan geran berjumlah RM1.1 juta bagi membiayai program berkenaan. Geran itu juga selaras dengan sokongan Motorola Solutions terhadap pembangunan bakat tempatan berkaliber tinggi dan pengukuhan ekonomi pengetahuan di Malaysia.

Motorola Solutions Foundation percaya pendidikan kekal menjadi teras dalam pembangunan bakat.

Selain sokongan kepada program seumpama itu, Motorola Solutions Malaysia juga bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, Collaborative Research in Engineering, Science and Technology Centre (CREST) dan Talent Corp untuk menyokong inisiatif-inisiatif yang akan membangunkan dan pemupukan bakat muda yang sesuai dengan keperluan industri untuk menyokong program transformasi negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan