MB Selangor Digesa Nafi Dakwaan Ambil Alih Tanah Yayasan Selangor Sebelum Mesyuarat Exco

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan semula tanah Yayasan Selangor lebih awal sebelum mendapat kelulusan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Noh mendakwa pihaknya mempunyai bukti surat yang dihantar Menteri Besar bertarikh 22 Mac 2011 yang meminta Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki supaya menguruskan pengamblihan tanah tersebut kerana ia sudah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah.

"Sedangkan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hanya memutuskan mengenai pemilikan tanah itu pada 18 Mei 2011 telah bersetuju supaya tanah atas nama Yayasan Selangor diserah balik dengan segera tanpa syarat.

"Maknanya di sini, Abdul Khalid telah membuat keputusan lebih awal sebelum mesyuarat Exco Kerajaan Negeri berlangsung. Beliau cakap tidak serupa bikin dan buat kerja hentam keromoh.

"Jadi kita minta dia nafikan keputusan yang pengambilalihan tanah yang telah dibuat lebih awal," katanya kepada pemberita di Bangunan Umno Selangor pada Rabu.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata, Abdul Khalid tidak langsung mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Selangor itu.

Jumaat lalu, Abdul Khalid menafikan dakwaan kononnya satu lot tanah seluas 1.8 ekar di Klang akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina.

Beliau dilaporkan berkata, buat masa ini lot tanah itu masih kosong dan pihaknya belum terfikir untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan di situ.

Terdahulu, Pengerusi Ahli Bertindak Saya Anak Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin mendakwa permohonan untuk memperoleh tanah itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri, Elizabeth Wong.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan