Kongres PBS Selama Tiga Hari Bermula 20 Nov Ini

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mengadakan kongresnya di sini selama tiga hari bermula 20 November ini.

Ketua Penerangan PBS Datuk Johnny Mositun berkata kongres itu akan dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS yang bakal dirasmikan oleh Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan Putra Luyang pada 20 Nov.

Beliau berkata upacara perasmian rasmi kongres itu akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang pada 21 Nov jam 1 petang.

Katanya acara Malam Bersatu pula akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di tempat yang sama manakala kongres sebenar akan diadakan pada 22 Nov.

"Memandangkan kongres ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan kongres terpenting yang akan menyemarakkan semangat anggota parti dan menggerakkan seluruh jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Mositun yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata antara isu utama yang dijangka dibangkitkan pada kongres kali ini ialah masalah pendatang asing tanpa izin (PATI), salah satu isu hangat yang terus dimainkan oleh pembangkang bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan umum akan datang.

Dalam kongres PBS tahun lepas, Pairin yang konsisten dan lantang menyuarakan masalah PATI di Sabah sejak PBS ditubuhkan kira-kira 27 tahun lepas, berkata masalah yang sudah berlarutan sekian lama itu perlu penyelesaian mutlak dan 'mencadangkan agar kerajaan dapat memuktamadkan satu tempoh masa iaitu pada 2012 untuk menyelesaikan masalah ini'.

Cadangan itu diterima baik oleh kerajaan persekutuan, dan pada 1 Jun tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan arkitek konsep 1Malaysia, mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan PATI di Sabah.

Semasa mengumumkan perincian dan terma RCI pada 11 Ogos tahun ini, Najib berkata suruhanjaya itu diberi masa enam bulan untuk menyiapkan siasatan.

Panel suruhanjaya itu kemudian mengadakan mesyuarat pertamanya di sini pada 1 Nov lepas dengan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong di bilik mesyuarat Bangunan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Shim dipetik sebagai berkata bahawa pendengaran sebenar akan bermula pada 14 Jan tahun depan bertempat di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha jawatankuasa RCI, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim dan empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Henry Chin Poy Wu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan