Jakarta Ungguli Senarai Destinasi Pilihan Di Asia

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jakarta menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi semakin berkembang di Asia, demikian menurut TripAdvisor, laman sesawang pelancongan terbesar di dunia.

TripAdvisor berkata demikian ketika mengumumkan pemenang-pemenang anugerah Pilihan Pelancong bagi Destinasi Semakin Berkembang 2012, Rabu.

Kathmandu, ibu kota Nepal menduduki tempat kedua selepas Jakarta manakala Kolkata (India) tempat ketiga. Sepuluh bandar terunggul lain ialah Manila (Filipina), Bangalore (India), Luang Prabang (Laos), Phnom Penh (Kemboja), Chiang Mai (Thailand) serta Kobe dan Osaka di Jepun.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf destinasi-destinasi yang telah mencatatkan peningkatan besar maklum balas positif pelancong dan minat pelancong dari tahun ke tahun, kata TripAdvisor dalam satu kenyataan Rabu.

Mar del Plata, Argentina, mengungguli senarai bagi destinasi pilihan pelancong yang semakin meningkat di peringkat global, manakala Sao Paolo (Brazil) di tempat kedua dan Kiev (Ukraine), ketiga.

Destinasi-destinasi global lain ialah Montevideo (Uuruguay), Perth (Australia), Bandaraya Mexico (Mexico), Hobart (Australia), Guadalajara (Mexico), Moscow (Rusia) dan Turin (Itali).

Jurucakap TripAdvisor, Jean Ow-Yeong, berkata anugerah-anugerah itu merupakan pengiktirafan besar bagi bandar-bandar berkenaan, bukan sahaja berdasarkan minat pelancong yang semakin meningkat, malah juga maklum balas positif yang semakin banyak tentang hotel, restoran dan kegiatan-kegiatan di bandar-bandar itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan