Bekas KP Mida Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Siasat Projek Kondominium Batu Caves

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu melantik bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) Datuk N.Sadasivan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bebas bagi mengkaji kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sadasivan akan dibantu oleh beberapa jawatankuasa lain yang bakal diwujudkan yang melibatkan anggota profesional dan bebas untuk membantu kerajaan negeri dengan syor-syor bagi menangani isu itu.

Beliau berkata Kerajaan Selangor juga melantik Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JBPD), Norasiah Bee sebagai setiausaha di mana JBPD adalah sekretariat yang akan membantu jawatankuasa bebas itu.

"Saya akan bertemu dengan Datuk Sadasivan dan ahli-ahli lain dalam minggu ini untuk menyampaikan hasrat kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Menurutnya jawatankuasa itu akan berkuat kuasa minggu depan.

Sadasivan pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia, Pengurusan Danaharta Nasional Bhd serta menganggotai Lembaga Pengarah Petronas.

Projek kondominium 29 tingkat Dolomite Park Avenue berhampiran Batu Caves mendapat bantahan MIC kerana didakwa boleh melemahkan struktur tanah kuil-kuil Hindu di Batu Caves yang terletak di kawasan batu kapur.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu berkata Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak menerima sebarang permohonan daripada syarikat-syarikat yang diberi konsesi untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan bagi memasang sistem itu.

Oleh itu, katanya MPKj telah memberikan notis dua minggu sejak Khamis lepas kepada kontraktor terbabit untuk menanggalkan kamera-kamera yang dipasang di Km 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya.

Liu berkata arahan menanggalkan kamera-kamera itu dikeluarkan kerana pemasangan kamera-kamera itu perlu mendapatkan Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan