Wanita Umno Mahu Penubuhan Taska Di Semua Kementerian & GLC Diwajibkan - Berita Semasa | mStar

Wanita Umno Mahu Penubuhan Taska Di Semua Kementerian & GLC Diwajibkan

Diterbitkan: Selasa, 13 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pergerakan Wanita Umno mahu penubuhan taman asuhan kanak-kanak (taska) di semua kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijadikan peraturan.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ini kerana inisiatif yang diberi kerajaan bagi menubuhkan taska masih tidak mencukupi dan masih banyak kementerian dan GLC belum menubuhkannya.

"Kami berharap Kementerian Kewangan memantau penubuhan taska di semua kementerian dan GLC sebagai satu peraturan yang perlu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah seorang warga emas menerusi program Skuad Sayang, di sini, Isnin.

Menurutnya bagi GLC, mereka tidak harus menjadikan alasan langkah itu tidak membawa untung sebagai faktor tidak mewujudkan taska di syarikat masing-masing.

Shahrizat juga meminta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa memberi perhatian terhadap isu tersebut.

Beliau berkata wanita pada hari ini berperanan sebagai penyumbang utama kepada pendapatan keluarga.

"Bagi mengelakkan wanita berundur daripada alam pekerjaan, penubuhan taska adalah salah satu jalan penyelesaian bagi memastikan negara tidak menampung kerugian besar ekoran kehilangan tenaga wanita," katanya.

Terdahulu melalui program itu, beliau bersama rombongan Wanita Umno Sabah menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang tunai kepada seorang warga emas Lee Kon Song, 73, di rumahnya di sini.

Akibat kemalangan 20 tahun lepas, tangan kanan Lee tidak berfungsi manakala isterinya Hin Yan Kyun, 70, pula tidak mampu untuk berjalan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan