Rakyat Malaysia Sekali Lagi Dinasihat Tangguh Lawatan Ke Syria

Diterbitkan: Selasa, 13 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang lawatan ke Syria ketika ini berikutan keadaan keselamatan di negara itu semakin meruncing dan membahayakan keselamatan umum, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Isnin.

Beliau berkata pihaknya bimbang dengan situasi keselamatan yang semakin buruk di negara itu dan akan terus memantau perkembangan di sana.

"Mengambil kira situasi semasa dan Nasihat Perjalanan pada 21 Julai 2012, kementerian sekali lagi ingin menasihatkan semua rakyat agar menangguhkan atau tidak melakukan sebarang lawatan ke negara itu buat masa ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Anifah berkata pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik masih ditutup sejak Julai lepas.

Mengikut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, lebih 30,000 orang dilaporkan terbunuh dalam konflik di negara itu sejak pemberontakan menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar Al-Assad tercetus pada Mac 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan