Paras Air Sungai Di Perak, Selangor, Sarawak Melebihi Tanda Amaran - JPS

Diterbitkan: Selasa, 13 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Kinta, Tanjung Tualang, Kinta, Perak berwaspada kerana paras air kini melebihi tanda amaran susulan hujan lebat.

Di Selangor, paras air di Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang juga melebihi paras amaran dengan masing-masing mencatatkan 4.25 meter, 8.77 meter dan 3.72 meter.

Menurut portal JPS, paras air Sungai Bidut, Sibu di Sarawak turut melebihi paras amaran apabila mencatatkan bacaan 3.14 meter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor berkurangan kepada 1,311 malam Selasa berbanding 1,357 orang malam Isnin.

Mangsa terdiri daripada 330 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.

Di Johor pula bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143 orang berbanding 138 malam Isnin.

Mereka terdiri daripada 34 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sri Telok, Batu Pahat.

Perak pula mencatatkan 39 mangsa banjir meliputi 10 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir kekal 84 mangsa merankumi 17 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan