Jakim Harap Garis Panduan Tangani HIV Hasil Persidangan Antarabangsa

Diterbitkan: Selasa, 13 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu garis panduan dan resolusi terbaik diharap dapat dihasilkan dalam usaha menangani HIV/AIDS melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/AIDS 2012 di sini selama tiga hari mulai Isnin depan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan hari ini berkata persidangan itu juga akan memberi penjelasan yang mendalam kepada semua pihak mengenai usaha bersama yang telah dijalankan oleh pemimpin Islam, aktivis sosial Islam dan pelbagai pihak untuk menangani HIV/AIDS.

"Pada dasarnya, persidangan ini akan berfungsi sebagai platform untuk membawa ulama, saintis dan penyelidik membincangkan isu berhubung permasalahan HIV/AIDS di kalangan umat Islam serta berkongsi pengalaman dan kajian di peringkat antarabangsa dan tempatan dengan negara luar," menurut Jakim.

Persidangan yang diadakan di Hotel Royale Bintang di sini dianjurkan Jakim dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Majlis Aids Malaysia, Yayasan Ihtimam dan Yayasan Aids Malaysia.

Ia dijangka dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dihadiri kira-kira 300 peserta daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan luar negara serta universiti.

Menurut Jakim, persidangan itu juga bertujuan mempromosikan pendekatan Islam dalam menangani masalah HIV/AIDS serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat bahawa pendekatan Islam adalah alternatif terbaik untuk menyelesaikan permasalahan HIV/AIDS seperti dalam Manual Islam dan HIV/AIDS.

"Pada masa ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai Manual Islam dan HIV/AIDS secara teratur yang lahir hasil daripada kerjasama erat antara Jakim dan Kementerian Kesihatan," katanya.

Sebanyak empat tajuk diskusi akan dibentangkan pada persidangan itu iaitu 'Strategy To Prevent HIV/AIDS In Malaysia', 'Addressing HIV/AIDS Epidemic: Analysis of Best Practice', 'Role Played By Malaysian Government & NGO' dan 'Social Research On HIV/AIDS'.

Antara tokoh dalam negara yang akan membuat pembentangan ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut, Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman, Presiden Majlis Aids Malaysia Datuk Dr Raj Karim dan Pengerusi Yayasan Aids Malaysia Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.

Manakala pembentang dari luar negara ialah dari Uganda, Australia dan Qatar. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan