Talian 03 8000 8000 Untuk Aduan, Pertanyaan, Cadangan Terhadap Agensi Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan satu lagi inovasi baharu dalam perkhidmatan awam melalui pelaksanaan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) bertujuan memudahkan komunikasi orang awam dengan agensi kerajaan.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dalam satu kenyataan pada Ahad, berkata 1MOCC membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000.

"Dengan ini orang awam tidak lagi perlu mengingati atau mendapatkan pelbagai maklumat perhubungan setiap kali ingin berurusan dengan agensi kerajaan yang berlainan," kata Mampu.

Menggunakan konsep pusat panggilan setempat, 1MOCC merupakan satu projek 'National Flagship' di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Projek itu menyediakan lima saluran komunikasi iaitu telefon, sistem pesanan ringkas, faks, e-mel dan media sosial.

Fasa satu 1MOCC dilaksanakan secara perintis melibatkan 21 agensi kerajaan merangkumi Jabatan Perdana Menteri dan agensi di bawahnya, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ia diterajui Mampu dengan penyertaan Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Putrajaya dan TM selaku rakan strategik.

"Fasa kedua akan merangkumi semua jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya manakala fasa ketiga melibatkan jabatan dan agensi kerajaan secara keseluruhan," kata kenyataan itu.

1MOCC dijadual dilancarkan hari ini (Isnin) di Putrajaya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan