Polis Hanya Boleh Bantu Jais Siasat Nurul Izzah - KPN

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) bertanya khabar anggotanya, L/Kpl Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, dari Balai Polis Paloh, Gua Musang yang parah selepas ditembak penjenayah dalam sekatan jalan raya, baru-baru ini, yang kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (kiri). -fotoBERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) bertanya khabar anggotanya, L/Kpl Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, dari Balai Polis Paloh, Gua Musang yang parah selepas ditembak penjenayah dalam sekatan jalan raya, baru-baru ini, yang kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (kiri). -fotoBERNAMA

KOTA BARU: Polis bersedia untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, yang didakwa memberi kenyataan dianggap menyokong kebebasan beragama bagi umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bagaimanapun, berkata polis hanya boleh memainkan peranan yang kecil kerana ia adalah di bawah bidang kuasa jabatan agama.

"Pihak polis hanya boleh memberikan bantuan kepada Jais.

"Siasatan terperinci akan dijalankan oleh jabatan tersebut," katanya, Ahad selepas melawat dua anggota polis yang dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini selepas ditembak oleh dua penjenayah dikehendaki, bulan lepas.

Ismail mengulas mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Nurul Izzah, menuntut tindakan diambil terhadap beliau.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menafikan bahawa dia menyokong murtad, bertemu dengan pegawai Jais pada Jumaat lalu untuk mengemukakan aduan dan memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Nurul Izzah dikatakan telah memberi ucapan pada forum awam minggu lepas bahawa tiada siapa yang perlu dipaksa untuk menerima mana-mana agama dan ini juga digunapakai kepada orang Melayu.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis akan mempertingkatkan kaedah latihan mereka untuk menangkis cabaran yang mengancam nyawa anggota polis yang dihadapi semasa menjalankan tugas mereka.

Beliau menambah pihak polis perlu dilengkapi dengan pengetahuan lanjut mengenai bagaimana untuk menangani penjenayah bersenjata dan berbahaya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan