Perhimpunan Agung Umno: Puteri Fokus Persiapan Hadapi PRU13

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno akan memfokuskan tentang usaha memperkasakan sayap itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung mulai 27 November ini.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perhimpunan kali ini sangat penting dan perlu diambil perhatian kerana ia bakal menjadi azimat dalam menghadapi pilihan raya selain menyaksikan kebangkitan semangat dan usaha berterusan Puteri sebagai sayap yang mewakili generasi muda.

"Dalam membincangkan kesiapsiagaan dalam menghadapi pilihan raya, kita tidak boleh kecualikan pelbagai isu yang berlaku dalam senario politik negara dan peranan Puteri dalam membantu survival parti," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di sini, Isnin.

Rosnah berkata usaha Puteri tidak harus terhad kepada amanah yang diberi oleh pucuk pimpinan parti semata-mata tetapi harus ada anjakan pemikiran serta tenaga yang akan memberi kesan kepada parti dan pentadbiran negara.

Sementara itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya menjaga dan mengutamakan kebersihan dalam menghadapi musim tengkujuh bagi mengelak daripada dijangkiti pelbagai penyakit seperti taun.

"Cabaran setiap kali musim tengkujuh ialah kesihatan, jadi saya nasihatkan kepada orang ramai untuk memastikan kebersihan diri dan pastikan meminum air yang dimasak dan makan makanan yang dijual oleh penjaja yang bersih," katanya.

Beliau berkata anggota Puteri turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa negeri selain menyumbang tenaga membersihkan rumah mereka selepas banjir. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan