Pemimpin Islam Perlu Sepakat Menjaga Agama - Penasihat Agama PM

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Katanya tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan.

"Amat dikesalkan kerana pemimpin PAS seperti Nik Aziz dan Haji Hadi tidak mahu memperbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara tersebut tidak penting," katanya pada satu perjumpaan dengan media, di sini pada Ahad.

Katanya sebagai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong Nurul Izzah sekalipun menyedari Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu melakukan kesalahan besar.

"Nik Aziz jika tahu perkara itu salah sepatutnya jangan keluar apa-apa pandangan dan lebih baik menjadi syaitan yang bisu daripada syaitan yang berkata-kata," katanya.

Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif tentang bidang agama.

Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara itu juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan