Pelbagai Insentif Dan Bantuan Kerajaan Kepada Veteran ATM Malaysia - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kerajaan memberikan pelbagai bantuan dan insentif kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mengatasi apa yang dinikmati oleh veteran di kebanyakan negara lain termasuk negara maju, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata veteran tentera di negara ini bukan sahaja menikmati bantuan kesihatan dan kebajikan untuk diri mereka sendiri malah isteri dan anak-anak mereka.

"Kita pernah mengadakan pertemuan dengan pengarah-pengarah veteran tentera dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan United Kingdom dan mereka membuat perbandingan tentang apa yang diterima oleh veteran tentera di Malaysia ini dengan negara mereka.

"Veteran di Malaysia bukan sahaja menerima bantuan meliputi perubatan ...isteri dan anak-anak veteran turut menerima bantuan kesihatan dan kebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Kem Sikamat, di sini malam Ahad.

Katanya, berbanding veteran di kebanyakan negara lain, mereka hanya menerima bantuan yang minimum dan langsung tidak meliputi isteri dan anak-anak.

"Ertinya apa yang diperolehi ini lebih baik, walaupun ada yang perlu diperbaiki, tetapi kerajaan prihatin terutama soal kesihatan dan bantuan kebajikan veteran," katanya.

Katanya, kerajaan juga sentiasa mendengar pelbagai pandangan mana-mana pihak terutama daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, dalam menambah baik bantuan dan insentif untuk disalurkan kepada veteran bagi meningkatkan tahap kehidupan mereka selepas menamatkan perkhidmatan.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan dan parti politik untuk tidak mempolitikkan isu kebajikan veteran ATM.

Katanya, sebarang pandangan untuk menambah baik kebajikan veteran harus menggunakan saluran yang betul tanpa menggunakan badan-badan bukan kerajaan sebagai pihak pendesak.

"Contohnya bagi veteran tentera tidak berpencen, walaupun terdapat 234,500 orang yang tidak berpencen ini, kerajaan telah berpuas hati dengan tuntutan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen dan memberikan saguhati melibatkan peruntukan tidak kurang RM234 juta kepada tentera tidak berpencen," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan