Pelabur Malaysia Diseru Melabur Di Melbourne

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesuatu dengan Gabenor Victoria, Alex Chernov ketika beliau hadir di Forum Ekonomi China Dunia ke-4 (WCEF) di Pusat Konvensyen Melbourne. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesuatu dengan Gabenor Victoria, Alex Chernov ketika beliau hadir di Forum Ekonomi China Dunia ke-4 (WCEF) di Pusat Konvensyen Melbourne. -fotoBERNAMA

MELBOURNE: Melbourne, bandar raya kedua paling ramai penduduk di Australia, menawarkan peluang yang besar bagi para pelabur Malaysia, terutama dengan penguatkuasaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) pada 1 Januari tahun depan.

Gabenor Victoria Alex Chernov berkata MAFTA akan meningkatkan lagi hubungan Australia-Malaysia serta mencerminkan komitmen untuk mencapai hubungan ekonomi berdaya maju.

"Ekonomi Malaysia telah berkembang pada rentak yang besar dan perdagangan dengan Victoria telah meningkat, terutama sekali di dalam bidang pertanian, telekomunikasi dan produk automotif," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) ke-empat di sini Isnin.

Chernov berkata Malaysia dan Australia mempunyai hubungan yang kukuh di dalam pendidikan tinggi dengan 22,000 pelajar Malaysia di negara itu, di mana kira-kira 8,000 daripadanya di Victoria, dan ia juga mempunyai penduduk asal dari Malaysia yang besar dan semakin berkembang.

Katanya hubungan antara Australia dengan Malaysia, Asia dan China adalah kukuh dan panjang dan penduduk asal China di Victoria memainkan peranan yang signifikan di dalam mengukuhkan perkongsian tersebut.

WCEF ke-empat itu, katanya adalah penting untuk membolehkan para pelabur Australia meraih peluang di rantau ini dan menyatukan hubungan sedia ada.

Forum dua hari anjuran Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) itu diadakan di luar Malaysia bagi kali pertama dan menyasarkan untuk mempromosikan hubungan lebih rapat antara China dan Asia Tenggara serta Australia dan penduduk asal China global.

Sementara itu, Perdana Menteri Victoria Ted Baillieu menyeru pelabur Malaysia untuk melabur di dalam kepelbagaian ekonomi Melbourne dan menyatakan bahawa ia merupakan satu bandar raya pelbagai budaya yang menyediakan peluang di dalam industri bahan yang canggih, pembangunan di dalam pembuatan, teknologi maklumat, pertanian dan makanan, kejuruteraan dan penyelidikan.

Baillieu berkata peluang yang besar bagi pelabur Australia di Asia dan China, bukan sahaja tersedia di segi perdagangan malah juga di segi peribadi, pendidikan dan hubungan kebudayaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan