PAS Tidak Sekat Perwakilan Bahas Isu Sensitif

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan PAS pada muktamar tahunan parti itu bebas untuk membahas dan mengetengahkan pelbagai perkara termasuk menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang bersifat nasional.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak akan menyekat mana-mana perwakilan untuk membangkitkan isu-isu semasa sekiranya relevan terutama demi kepentingan parti dan kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Dasar kita mudah...PAS tidak akan sekat mana-mana perwakilan yang mahu bangkitkan apa-apa persoalan walaupun bersifat sensitif.

"Ahli boleh bincangkan apa sahaja jika mereka fikir relevan. Muktamar adalah medan untuk mereka mendapatkan penjelasan mengenai perkara-perkara berbangkit," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Selain itu Mustafa berkata, tiada syarat dan garis panduan tertentu diberikan kepada pembahas bagi memberikan kebebasan sepenuhnya kepada ahli untuk mengutarakan pandangan.

"Syarat khusus memang tak ada, cuma secara umumnya kita beri garis panduan agar pembahas menggunakan peluang sebaiknya untuk membahaskan mengenai perkara-perkara yang disentuh dalam ucapan dasar presiden," katanya.

Muktamar Tahunan Pas ke-58 bakal berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan bermula 16 hingga 18 November ini manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi ucapan dasarnya dijangka mengupas mengenai pelbagai isu khsus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun perwakilan parti juga dijangka akan membangkitkan mengenai pelbagai isu kontroversi bersifat nasional termasuk berhubung kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, hudud serta agihan kerusi di kalangan sekutu pembangkang.

Selain itu perwakilan PAS juga dijangka tidak lari daripada menyentuh mengenai kontroversi terbaru membabitkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan