Malaysia Lebih Fokus Di Bawah Pentadbiran PM

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Malaysia lebih fokus dengan enjin pertumbuhan ekonominya sejak di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat Forum Ekonomi China Dunia (WCEF), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pembangunan Malaysia kini lebih fokus dengan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Beliau berkata yang negara-negara membangun perlu memberi tumpuan kepada kekuatan mereka sebagai enjin pertumbuhan dan sekiranya gagal memenuhi sasaran, ia akan menjuruskan kepada kekurangan kejayaan dan pembangunan.

Chua berkata yang ekonomi Australia yang berjaya dan berkembang adalah berikutan penekanan mereka kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan persekitaran, yang sememangnya memberikan kelebihan kepada ekonominya.

"Fokus Malaysia adalah sama dengan Australia dan untuk kumpulan pendapatan sederhana untuk meningkat, fokus patut lebih kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan persekitaran, kata beliau kepada pemberita Malaysia di WCEF keempat di sini, Isnin.

Kerajaan Malaysia telah menggariskan 12 NKEA untuk memacu pendapatan tertinggi dalam usaha mentranformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Ia meliputi 11 industri dan satu wilayah geografi iaitu minyak, gas dan tenaga; minyak sawit; perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektrik dan elektronik; borong dan runcit; pendidikan; penjagaan kesihatan; kandungan komunikasi dan infrastruktur; pertanian; dan greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Sementara itu, mengulas mengenai WCEF yang keempat, Chua berkata para pelabur Australia seharusnya merebut peluang perniagaan dan pelaburan di Asean kerana saiz pengeluarannya kemungkinan sama dengan pasaran Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menjelang 2020.

Chua berkata Malaysia juga patut meningkatkan kerjasama dari segi ekonomi dan sosial dengan Australia di celah-celah kedudukan dan kelebihan strategiknya dalam lingkungan rantau Asean.

Malaysia ialah rakan dagang ke-10 terbesar Australia, dengan perdagangan dua hala bernilai A$16 bilion pada 2011.

Dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), WCEF yang keempat itu diadakan di luar Malaysia untuk pertama kalinya dan ia bertujuan mempromosikan hubungan yang lebih rapat antara China dan Asia Tenggara serta Australia dan diaspora Cina global. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan