Kerajaan Akan Tunai Harapan Masyarakat India - PM

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada masyarakat India bahawa kerajaan akan menunaikan sepenuhnya harapan mereka sejajar dengan kepercayaan yang diberikan selama ini.

"Kita sentiasa konsisten dalam menepati janji-janji realistik dan bertanggungjawab yang telah kita buat kepada masyarakat India kerana kerajaan tidak percaya dengan pendekatan di mana yang kita janji bukan-bukan semata-mata untuk mendapat kuasa dan populariti," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau percaya zaman kegemilangan Malaysia masih di depan dan untuk mengecapi nikmat kemajuan serta kemakmuran itu, semua pihak mesti bersatu di bawah satu visi ke arah melahirkan negara yang adil, saksama dan berjaya.

"Pada ketika pelbagai usaha transformasi negara mula membuahkan hasil dengan pertumbuhan dan pembangunan negara yang pesat, kita akan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia, termasuk daripada masyarakat India, akan dapat meningkatkan pendapatan, dan lebih penting lagi, akan meningkatkan lagi kualiti hidup untuk generasi masa kini serta generasi akan datang," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan Deepavali yang dimuatkan dalam blognya, www.1Malaysia.com.my sempena sambutan itu Selasa ini.

Najib berkata sepanjang perjalanan ini, masyarakat India telah memainkan peranan penting yang sentiasa disanjung dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia.

"Pada kesempatan sempena sambutan Deepavali tahun ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat India di atas segala sumbangan mereka yang tidak berbelah bahagi ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman dan makmur," katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun masyarakat India terlibat sepenuhnya dalam pembangunan Malaysia sejak kemerdekaan, mereka juga berdepan pelbagai cabaran, terutama ketika berpindah dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar Malaysia.

"Saya sedar akan masalah tersebut, dan inilah sebabnya kerajaan melaksanakan langkah yang khusus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat India.

Sejak tiga setengah tahun ini, kita telah mengambil pelbagai pendekatan yang baru dan inovatif untuk menyelesaikan masalah legasi di kalangan komuniti India.

"Ini telah menunjukkan hasil yang nyata dan positif kepada keluarga masyarakat India di serata negara. Kerajaan telah memberi tumpuan kepada cabaran utama yang dihadapi dalam pelbagai sektor yang melibatkan komuniti India.

Najib berkata perayaan Deepavali, yang melambangkan kejayaan cahaya ke atas kegelapan, sesungguhnya mencerminkan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum sejak 55 tahun yang lalu.

"Perjalanan kita dari zaman kemerdekaan kepada salah sebuah negara membangun utama di dunia dan dalam landasan betul ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, telah melihat kita mengatasi pelbagai halangan untuk mencapai objektif kita.

"Nenek moyang kita, serta generasi yang berikutnya, telah bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memerangi kegelapan dan cabaran yang menyelubungi negara kita supaya semua rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya.

Najib juga berkata segala inisiatif serta usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti India tidak akan berjaya tanpa kepercayaan atau 'nambikei' antara kerajaan dan rakyat.

"Melalui kerjasama ini, yang berpaksikan persefahaman dan usaha gigih, kita telah bersama-sama membawa cahaya harapan kepada ramai individu dan keluarga supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik dan bahagia.

"Nambikei yang berterusan di antara kerajaan dan masyarakat India akan membolehkan kerajaan untuk terus membawa pembangunan dan kemajuan.

"Ini adalah terutamanya melalui inisiatif khusus yang akan memastikan bantuan dan perkhidmatan kerajaan sampai terus kepada setiap individu masyarakat India yang memerlukannya, agar mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri," katanya.

Perdana Menteri berkata untuk merealisasikan hasrat mereka, masyarakat India perlu sedar masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan bersama-sama.

"Saya tidak boleh mengerakkan semua ini bersendirian. Hanya dengan sokongan dan kepercayaan masyarakat India dan semua masyarakat Malaysia yang lain, boleh kita menjadikan perjalanan transformasi ini sesuatu yang bermakna dan berjaya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan