GAKUM Saran Semua IPTA Miliki Hospital Sendiri - Berita Semasa | mStar

GAKUM Saran Semua IPTA Miliki Hospital Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM) mencadang agar semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang memiliki fakulti perubatan dilengkapi atau mempunyai hospital sendiri.

Pengerusi GAKUM Datuk Omar Osman berkata sepatutnya Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor yang merupakan antara universiti tertua di negara ini mempunyai hospital sendiri.

Sebaliknya universiti baharu yang lain turut mempunyai hospital untuk pelajar mereka menjalani latihan perubatan, katanya kepada pemberita sempena mesyuarat GAKUM yang sedang berlangsung di Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah di Likas.

Omar yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata perkara tersebut adalah antara perkara yang dibincangkan oleh perwakilan GAKUM dalam mesyuarat selama empat hari itu mulai Ahad.

Beliau menyaran agar kementerian berkaitan memandang serius perkara tersebut. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan