278 Terima Darjah Kebesaran Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang Datuk Tahir Mohd Taat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan di Istana Negara di sini, Isnin. -Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang Datuk Tahir Mohd Taat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan di Istana Negara di sini, Isnin. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh mendahului 278 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan 2012 pada Isnin.

Beliau dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri' oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat itu yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Turut dikurniakan darjah tersebut ialah Pengerusi United U-Li Corporation Berhad Tan Sri Abdul Rahman Md Ismail.

Istiadat itu diadakan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Jun lepas.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Pengarah Urusan Multi-Purpose Berhad Tan Sri Surin Upatkoon pula menjadi penerima tunggal darjah Panglima Setia Mahkota (Kehormat) yang membawa gelaran 'Tan Sri Kehormat'.

Tuanku Abdul Halim turut berkenan mengurniakan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada 10 penerima.

Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Tahir Mohd Taat, Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds Malaysia Berhad Datuk Bakry Hamzah, Naib Presiden (Dasar) Bank Pembangunan Islam, Jeddah, Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan dan Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Penerima PJN lain ialah Presiden Asian Squash Federation yang juga Pengerusi Eksekutif A.Sani & Associates Sdn Bhd Datuk Abdullah Sani Abdul Karim, bekas Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sri Aman Datuk Tan Chong Meng, bekas Komander Briged Tenggara Pasukan Polis Hutan SAC (B) Datuk A. Navaratnam, anggota MCA Datuk Dr Tan Chik Heok, anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Hii Chii Kok dan Brig Jen (B) Datuk Jusoh Daud.

Dalam pada itu, Datin Seri R. Indrani serta pengacara dan juruhebah Aznil Nawawi merupakan antara 29 penerima darjah Johan Setia Mahkota (JSM).

Indrani ialah isteri Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Selatan yang juga bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Penerima tunggal darjah Johan Setia Diraja (JSD) ialah Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Tiga penerima darjah Johan Mangku Negara, Kesatria Mangku Negara (55), Ahli Mangku Negara (129) dan Pingat Pangkuan Negara (48). -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan