Penganalisis Jenayah Kembali Bersemangat Selepas Pembedahan

Diterbitkan: Ahad, 11 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Penganalisis jenayah Kamal Afandi Hashim kini kembali bersemangat selepas menjalani pembedahan dan bertekad membantu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap risiko menjadi mangsa jenayah.

Beliau berkata mengurangkan kadar jenayah bukanlah sesuatu yang mudah, justeru, usaha berterusan pelbagai pihak selain pihak berkuasa amat penting dalam menangani isu itu.

"Saya terus bertekad mengadakan kempen melalui program motivasi dan pelbagai rupa pertemuan dengan masyarakat di negara ini (untuk mengurangkan jenayah)," katanya kepada pemberita selepas Kempen Anti Jenayah Jalanan 'Kampung Style' di kampung Sedim pada Ahad.

Kamal Afandi berkata program Ahad merupakan ceramah serta motivasi yang pertama beliau setelah menjalani pembedahan pada 10 Okt lepas.

"Kini saya berasa semakin pulih dan mampu menyambung tugas berkhidmat kepada masyarakat dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini," katanya.

Katanya, selepas ini beliau akan menumpukan kepada usaha mengurangkan jumlah mangsa penjenayah.

"Kalau tumpukan kepada mengurangkan kadar jenayah, semakin banyak usaha dilakukan semakin meningkat pula kadarnya dan ini merupakan permulaan kepada usaha saya membimbing masyarakat yang sentiasa terdedah kepada gejala jenayah yang berlaku tidak mengira masa dan tempat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan