Malaysia Berpotensi Jadi Hub Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Serantau - PM

Diterbitkan: Ahad, 11 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang motosikal jenis Spyder Roadsters dan dibonceng anaknya Nor Ashman Najib ketika mengetuai konvoi motosikal berkuasa tinggi mengelilingi Putrajaya sejauh 18 kilometer sempena Perhimpunan 1Malaysia Bike Week 2012, Ahad. -foto THE STAR
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang motosikal jenis Spyder Roadsters dan dibonceng anaknya Nor Ashman Najib ketika mengetuai konvoi motosikal berkuasa tinggi mengelilingi Putrajaya sejauh 18 kilometer sempena Perhimpunan 1Malaysia Bike Week 2012, Ahad. -foto THE STAR

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini.

Berucap menutup 1Malaysia Bike Week (1MBW) di perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini, Najib berkata beliau tidak fikir ada negara lain di Asean yang mempunyai jumlah penunggang motosikal berkuasa tinggi seramai itu.

"Saya menganggap ini sebagai titik permulaan kepada masa depan di mana kegiatan menunggang ini akan memuncak dan akan bercambah kepada bilangan yang jauh lebih besar lagi," katanya.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Eksekutif Superbikes Association of Malaysia (SAM), Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Presiden SAM Datuk Abdul Halim Suleiman.

Acara pada pada Ahad, turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ekspedisi motosikal berkuasa tinggi terbesar dengan 438 motosikal dan 536 peserta serta perhimpunan terbesar motosikal berkuasa tinggi dengan 6,630 motosikal dan 7,740 peserta.

Najib berkata konvoi 1MBW yang bermula Selasa lalu dan disertai 536 peserta yang menunggang 438 motosikal itu mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka yang selama ini dianggap golongan elitis.

Beliau berkata ini kerana di sepanjang konvoi sejauh 1,828 kilometer bermula di Johor ke sekitar semenanjung itu, mereka turut menawarkan khidmat bakti sosial termasuk melawat orang sakit, membantu orang miskin dan menjalankan kerja pembersihan.

"Ini merupakan sumbangan yang amat bermakna kepada masyarakat setempat. Ia memperlihatkan golongan ini juga sebahagian rakyat yang cintakan negara, mahu berkhidmat kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan negara," katanya.

Najib berkata peserta pengembaraan seperti itu juga dapat melihat beberapa aspek dan dimensi baru negara yang menjadikan mereka lebih cintakan negara.

Beliau berkata ini termasuk sistem rangkaian jalan yang baik yang disediakan kerajaan, pembangunan seimbang antara desa dan pekan, keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan kehijauan alam semulajadi.

"Saya kira ini semua akan menjadikan kita sebagai rakyat yang lebih cinta kepada negara kita, yang ingin menyumbang dan mempertahankan apa yang sudah kita warisi selama ini supaya kita sebagai generasi baru akan berjuang bersama-sama dengan kerajaan menjadikan negara kita jauh lebih baik pada masa-masa yang akan datang," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya sebelum itu mengemukakan tiga permintaan iaitu supaya kerajaan menurunkan cukai import, cukai jalan dan kadar premium insurans bagi motosikal berkuasa tinggi.

Beliau turut meminta agar syarikat pemasangan motosikal tempatan diberi permit untuk memasang motosikal berkuasa tinggi di negara ini, berbanding pada masa ini apabila kenderaan itu 100 peratus diimport.

Najib berkata pertimbangan sewajarnya akan diberi terhadap permintaan tersebut. Beliau turut berharap 1MBW dijadikan acara tahunan dengan Putrajaya dikekalkan sebagai destinasi akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan