Kos Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Dan Pembantu Rumah Meningkat Tekanan Kepada Ibu Bapa

Diterbitkan: Ahad, 11 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berlaku satu tamparan hebat bagi pasangan bekerja dan mempunyai anak apabila mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pembantu rumah manakala pusat penjagaan harian pula telah meningkatkan yuran mereka sejajar kos operasi yang lebih tinggi.

Pemeriksaan dengan beberapa pusat di Lembah Klang menunjukkan bahawa mereka telah menaikkan yuran sehingga 10 peratus dalam tempoh dua tahun lalu.

Seorang kakitangan di sebuah pusat penjagaan di Bukit Damansara, yang enggan namanya disiarkan berkata adalah satu keperluan menaikkan yuran sebanyak 10 peratus setiap dua hingga tiga tahun.

Pusat tersebut yang juga menawarkan pendidikan pra-sekolah termasuk jagaan harian untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun, kini mengenakan yuran kira-kira RM1,600 sebulan.

Sebuah lagi pusat di Taman Desa yang menawarkan jagaan harian hanya untuk kanak-kanak dua tahun dan ke atas tanpa pra-persekolahan, mengenakan bayaran RM500 sebulan.

"Kami tetapkan bayaran sebanyak RM450 pada tahun lepas, tetapi terpaksa menaikkan yuran kerana harga makanan telah naik," kata pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Stacey.

Sebuah pusat di Puchong telah mengekalkan yuran sebanyak RM500 sebulan, tetapi menjangka ia akan dinaikkan tidak lama lagi.

Pusat ini menyediakan khidmat makan tengah hari dan makanan ringan, mandi di waktu petang dan bantuan kerja sekolah untuk kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

"Kami akan cuba mengekalkan yuran selagi boleh, tetapi meramalkan ia perlu ditingkatkan tidak lama lagi kerana segalanya naik harga," kata pengendalinya.

Permintaan terhadap pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di Lembah Klang terutamanya semakin ketara kerana kebanyakan keluarga mempunyai pasangan suami isteri berkerja serta tinggal berjauhan dengan ibu bapa atau saudara-mara mereka.

Kekurangan pembantu rumah juga telah menyumbang kepada peningkatan permintaan.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa agensi telah meminta rakyat Malaysia membayar lebih untuk pembantu rumah dari Indonesia walaupun Filipina, secara berperingkat menghantar rakyatnya sebagai pekerja domestik.

PH.Wong dari Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia berkata pusat penjagaan telah terjejas akibat peningkatan dalam kos sara hidup memandangkan harga barangan telah meningkat berserta harapan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan.

"Ibu bapa yang mahukan perkhidmatan berkualiti mestilah bersedia membayar lebih. Pusat tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menaikkan yuran mereka untuk terus kekal," katanya.

Beliau menggesa kerajaan memperkenalkan subsidi penjagaan kanak-kanak untuk ibu bapa semasa mereka berada di tempat kerja.

Kementerian Kesihatan telah mengumumkan kawalan ketat terhadap pusat jagaan harian, dengan pemeriksaan taska untuk memastikan mereka mampu untuk menjaga bayi ekoran beberapa kematian akibat tercekik susu dan insiden lain.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun ini menunjukkan bahawa 52 peratus daripada 3,238 taska di seluruh negara tidak berlesen.

Walau bagaimanapun, tidak ada rekod bilangan kanak-kanak yang meninggal dunia semasa di bawah jagaan mereka.

Menurut laporan berita, sekurang-kurangnya 22 kanak-kanak di bawah umur empat tahun dipercayai telah meninggal dunia semasa dalam penjagaan nurseri antara tahun 2009 dan tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan