KDN Pantau Aktiviti Perjudian Siber Di Sabah Sarawak - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 11 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kementerian Dalam Negeri sedang memantau aktiviti perjudian siber di Sabah dan Sarawak, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil tindakan tertentu bagi memastikan aktiviti itu tidak berleluasa.

"Saya sudah memberitahu Ketua Polis Negara bahawa perkara itu tidak boleh dibenarkan menjadi-jadi dan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak juga telah dimaklumkan.

"Jangan ingat kewujudan dua hingga tiga pusat perjudian siber yang baharu kita tidak mengetahuinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah bersama Pemimpin, Ahad.

Hishammuddin berkata aktiviti itu dibimbangi digunakan sindiket tertentu untuk memerangkap anak muda ke kancah jenayah.

Beliau berkata kementeriannya mempunyai cara untuk berdepan dengan sindiket antarabangsa, terutama dalam konteks dunia tanpa sempadan pada Ahad.

Katanya, beliau sudah merintis hubungan dua hala dengan agensi risikan termasuk dari Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China.

"Ia bagi menangani punca utama sindiket yang beroperasi, bukan sahaja di negara kita, tetapi di rantau dan peringkat antarabangsa.

"Jika tidak, premis perjudian yang kita serbu hari ini, esok akan membuka lagi operasi mereka," kata Hishammuddin. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan