Sultan Selangor Lancar Buku UPM "With Knowledge We Serve"

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sabtu melancarkan buku 'With Knowledge We Serve', sebuah buku yang mengiktiraf usaha berterusan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM).

Buku sepuluh bab itu yang memfokuskan 17 orang penyelidik dari pelbagai bidang dilancarkan baginda pada majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang, Homecoming VII UPM.

Pada majlis itu Sultan Selangor yang juga Tuanku Canselor UPM turut berkenan menyampaikan Anugerah Mutiara Alumni kepada Tan Sri Dr. Nayan Ariffin dan Anugerah Jasamu Dikenang Alumni kepada Allahyarham Prof. Datuk Dr. Yaakob Che Man.

Anugerah lain yang turut disampaikan baginda ialah Anugerah Alumni Terbilang kepada Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Datuk Aripin Said, Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid, Prof. Madya Dr. Syed Omar Syed Rastan, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Prof. Dr. Fauziah Othman dan Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam.

Majlis bertemakan ‘Tautan Kasih Memateri Berilmu Berbakti’ merupakan majlis tradisi UPM sebagai landasan untuk alumni bertemu serta mengumpul dana bagi mengisi Tabung Wakaf Ilmu UPM. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan