Najib Lakukan Tinjauan Mesra Ke Bazar Deepavali Jalan Masjid India

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Sabtu melakukan tinjauan mesra ke bazar Deepavali di Jalan Masjid India di sini.

Najib memulakan tinjauan mesra pada kira-kira 8.30 malam di kawasan tumpuan masyarakat India, yang menempatkan 70 deretan kedai menjual kain, pakaian, barang kemas dan pelbagai barangan lain.

Ketibaan beliau disambut dengan paluan kompang, tarian singa dan pukulan gendang India.

Najib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta timbalannya, Datuk M.Saravanan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pemuda MIC T.Mohan.

Selepas beramah mesra dan bersalaman dengan pekerja serta pengunjung, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim dari Rumah Kebajikan Anbu Illam and Rumah Kebajikan Karunai Illam.

Walaupun hujan, seramai 300 orang tetap menanti kedatangan Perdana Menteri. Mereka juga dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan dijamu makan malam.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk menikmati tose, muruku dan pelbagai lagi juadah tradisional masyarakat India semasa lawatan itu.

Kedatangan Perdana Menteri nyata menggembirakan peniaga dan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bersalaman serta bergambar dengan pemimpin itu.

Penjual kacang putih M.Suguna Sundari, 43, nyata sangat teruja dapat bertemu, bersalam dan bergambar dengan Perdana Menteri.

"Saya berasa gembira dapat berjumpa dengan Perdana Menteri kita. Walaupun setiap hari hujan dan perniagaan saya tidak mendapat sambutan seperti tahun lepas, kedatangan Perdana Menteri ke gerai jualan saya sedikit sebanyak mengurangkan kedukaan," katanya.

Peniaga patung M.Arumugan, 45, seorang Orang Kurang Upaya (OKU), turut melahirkan rasa gembira dan terharu kerana Najib sanggup melakukan tinjauan mesra walaupun dalam keadaan basah akibat hujan.

Masyarakat India akan menyambut Deepavali pada 13 Nov ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan