MB Selangor Nafi Tanah Di Klang Dibangunkan Sebagai Pusat Kebudayaan Cina

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan kononnya satu lot tanah seluas 18.1 ekar di Klang akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina. Beliau berkata buat masa ini lot tanah itu masih kosong dan pihaknya belum terfikir untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan di situ.

Pada sidang media semalam, Pengerusi Ahli Bertindak Saya Anak Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin mendakwa permohonan untuk memperoleh tanah itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan negeri Elizabeth Wong.

"Bukan sahaja YB Elizabeth malah ada lima ke enam orang termasuklah beberapa individu daripada Umno turut menulis surat kepada saya memohon untuk membangunkan tanah itu, namun saya menolak," kata Abdul Khalid. "Untuk pengetahuan...tanah itu bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana telah diserahkan kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan terdahulu," kata Menteri Besar kepada pemberita di sini.

Katanya, mengikut perjanjian tanah itu sepatutnya dibangunkan dalam masa 10 tahun, namun syarikat berkenaan gagal berbuat demikian dan susulan itu kerajaan negeri mengambil semula tanah tersebut dari syarikat berkenaan.

"Dalam perjanjian itu juga, dinyatakan bahawa Yayasan Selangor sudah menyerahkan semua kuasa pengurusan tanah kepada syarikat itu...kerajaan negeri mengambil semula tanah tersebut bukan sahaja disebabkan kegagalan projek pembangunan tetapi juga perjanjian yang dilihat berat sebelah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan