KPDNKK Jamin Bekalan Barang Sempena Deepavali Cukup

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan bekalan barangan sempena sambutan Deepavali pada Selasa ini mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peniaga dan pekedai dibenarkan membuat stok simpanan barangan itu lebih daripada biasa bagi mengatasi kekurangan bekalan.

"Setakat ini tiada laporan tentang bekalan seperti daging kambing, telur, bawang merah, kentang dan tepung berkurangan malah bekalan itu banyak di pasaran.

"Saya yang meninjau di pasar Sentul, Kuala Lumpur semalam mendapati harga sayur, daging kambing tempatan dan import jauh lebih murah daripada biasa dan bekalan daging kambing juga mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Daerah Bera di sini, Sabtu.

Ismail Sabri berkata pihaknya akan terus menjalankan pemantauan harga barang terutama 14 jenis barangan kawalan yang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Deepavali yang berkuatkuasa selama 10 hari sejak 8 Nov lalu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan