Banjir Di Perak Dan Negeri Sembilan Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Perak dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya dan semua mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing malam Jumaat.

Menurut laporan portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), kesemua 134 mangsa banjir di Perak dan 34 di Negeri Sembilan telah pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut telah reda.

Menurut MKN mangsa banjir di pusat pemindahan di Selangor pula berkurangan kepada 878 orang berbanding 983 petang tadi, setelah 105 orang pulang ke rumah masing-masing.

Manakala mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 439 orang berbanding 498 orang sebelumnya dan Melaka tidak menunjukkan sebarang perubahan iaitu seramai 61 orang sejak petang Jumaat.

Tiada penutupan jalan dan korban mangsa banjir dilaporkan dan sehingga kini sembilan pusat pemindahan masih dibuka iaitu empat di Batu Pahat, Johor; tiga di Kuala Langat, Selangor; dan satu di Jasin, Melaka.

Sementara itu, portal Jabatan Saliran dan Pengairan berkata paras air di sungai utama di Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan telah melebihi aras bahaya dan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu diminta berjaga-jaga. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan