Tayang Rakaman Video Kenyataan Izzah Kepada Majlis Fatwa - Syed Ali - Berita Semasa | mStar

Tayang Rakaman Video Kenyataan Izzah Kepada Majlis Fatwa - Syed Ali

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakaman video ucapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan agama di negara ini disaran ditayangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mencadangkan sedemikian, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang berpendapat cara itu membolehkan Majlis Fatwa membuat penilaian terhadap kenyataan Nurul Izzah dan memutuskan tindakan yang perlu diambil.

"Dengan cara itu (tayangan video rakaman), Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai asas untuk menilai sejauh mana kesahihan kenyataan tersebut dan seterusnya mengambil tindakan jika benar seperti mana dilaporkan media sebelum ini," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di blognya, Jumaat.

Media sebelum ini memetik dan melaporkan kenyataan Nurul Izzah yang menyatakan bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan menafikan beliau menyokong gejala murtad.

Syed Ali menambah, siasatan segera perlu dijalankan oleh Majlis Fatwa kerana isu ini melibatkan kepentingan, maruah dan akidah umat Islam di negara ini.

“Ketika Nurul Izzah cuba menegakkan benang basah, maka saya cadangkan majlis berkenaan melakukan siasatan segera kerana isu ini membabitkan kepentingan, maruah dan akidah umat Islam di negara ini,” tegasnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan