Tanah Taman Manggis Hak Milik Mutlak Kerajaan Negeri P. Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengesahkan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini masih kepunyaan kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) berkata geran hak milik tanah itu tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana pihak termasuk syarikat yang berjaya membida tanah berkenaan iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

"Selagi geran tanah tak dikeluarkan ia masih milik mutlak kerajaan negeri. Sungguhpun wang penuh dibayar, kerajaan negeri boleh pulangkan wang dan tak mahu bagi geran tanah kepada pembayar. "Itu undang-undang. Itupun kalau disahkan dalam mahkamah bahawa selagi geran tanah tak dikeluarkan, kerajaan negeri mempunyai hak mutlak," katanya dalam ucapan penggulungan usul Belanjawan negeri 2013 di sini, Jumaat.

Lim berkata tanah itu juga tidak pernah dicagarkan oleh pihak KLIDC kepada mana-mana institusi kewangan seperti didakwa sesetengah pihak memandangkan tanah itu masih hak milik kerajaan negeri.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan geran hak milik tanah itu kepada mana-mana pihak adalah bagi memastikan kepentingan tanah berkenanan tidak terjejas dan pembangunannya mengikut seperti yang ditetapkan pihak berkuasa negeri.

Beliau berkata penjualan tanah Taman Manggis itu juga mengikut saluran undang-undang yang betul dan beliau menolak sebarang unsur penipuan dalam urusan jual beli tanah itu.

"Memang tak ada masalah undang-undang tentang penjualan tanah ini kepada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang. Sekiranya BN Pulau Pinang nak bayar seratus-peratus, bayarlah. Ini kerajaan negeri Pulau Pinang, kita tidak akan lari punya," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan