Pulau Pinang Lulus Belanjawan 2013

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ditangguh pada Jumaat setelah meluluskan Belanjawan negeri 2013.

Belanjawan berjumlah RM1.133 bilion itu bertemakan 'Agenda Ekonomi Saksama' yang bermatlamat mensejahterakan kebajikan rakyat serta membasmi kemiskinan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata untuk membasmi kemiskinan di negeri ini, kerajaan negeri akan menilai pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM770 sebulan.

Persidangan kali ini turut meluluskan rang undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012, bertujuan membanteras amalan melompat parti.

Rang undang-undang itu memperuntuk seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik berkenaan atas apa-apa juga sebab.

Persidangan DUN kali ini juga menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) digantung kali kedua daripada menghadiri persidangan DU Nselama enam bulan.

Keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, setelah Azhar gagal memberi penerangan dan penjelasan mengenai kenyataannya pada 8 Mei lepas yang menghina kemuliaan dewan, Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain dan petugas DUN apabila menyebut bahawa catatan persidangan (verbatim) boleh dimanipulasi.

Persidangan DUN ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan