Petronas Hentikan Klip Video 'Do The Dappan'

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas mengambil keputusan menghentikan penyiaran klip video 'Do the Dappan' daripada laman web rasminya di YouTube.

Dalam kenyataan pada Khamis, syarikat itu berkata keputusan tersebut diambil setelah ia menimbang pelbagai maklum balas daripada penonton berkaitan klip video tersebut, yang hasilkan sebagai sebahagian daripada kempen sambutan Deepavali 2012 bertemakan "Be the Light".

"Dalam semua kempen mengenai sambutan perayaan kami, Petronas sentiasa berhasrat membantu mempromosi dan menyemai nilai bersama yang terdapat dalam pelbagai warisan, tradisi dan budaya yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dalam masyarakat pelbagai etnik kita," kata Petronas dalam kenyataannya.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pemacu utama kempen berkenaan, pameran 'Be The Light - A Celebration of Culture and Tradition' di Galeri Petronas, dan siri televisyen serta ucapan dalam bentuk cetakan, akan diteruskan seperti yang dirancang.

Iklan sambutan Deepavali Petronas bagi tahun ini menerima banyak sungutan, termasuk daripada pihak yang menyatakan bahawa tarian yang terkandung dalam klip video berkenaan tidak mencerminkan semangat 'pesta cahaya'.

Klip video sepanjang tiga minit itu menampilkan 'dappankuthu - sejenis tarian jalanan penuh bertenaga yang sering diselitkan dalam filem Tamil. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan