Negeri Sembilan Mula Dilanda Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan sejak petang Khamis menyebabkan banjir di tiga negeri selatan Semenanjung iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Melaka kembali buruk manakala keadaan di Selangor dan Perak semakin baik.

Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan 34 orang dari sembilan keluarga di Kampung Keru Hilir dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Tampin selepas rumah mereka ditenggelami air hampir satu meter malam tadi.

Timbalan Pentadbir Tanah Daerah Tampin Mohd Amin Ludin berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di surau kampung itu dan mereka dibekalkan pelbagai barangan keperluan seperti selimut, kain, makanan ringan, tikar dan minuman.

Laporan portal Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,095 orang daripada 767 orang semalam.

Malah empat lagi pusat pemindahan di buka di Johor iaitu masing-masing dua di Johor Baharu dan Kulai Jaya selain enam di Batu Pahat dan satu di Ledang.

Di MELAKA, bilangan mangsa meningkat kepada 134 orang berbanding 61 orang semalam namun hanya satu pusat pemindahan dibuka di negeri itu iaitu di Jasin.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 983 orang pagi ini berbanding 1,012 orang semalam dengan empat pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Kuala Langat manakala kesemua tiga pusat pemindahan di Dengkil telah ditutup.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 orang berbanding 177 orang dengan satu pusat pemindahan dibuka di Hilir Perak.

Sementara itu, Jabatan Saliran dan Pengairan berkata paras air di sungai utama di Selangor, Johor dan Pahang masih melebihi aras amaran.

Sungai Langat di Bukit Changgang, Selangor kini mencatat paras air 3.83 meter dan Sungai Selangor di Rantau Panjang (7.45 meter), Sungai Lenik di Batu Pahat, Johor (5.32 meter) dan Empangan Repas di Bentong, Pahang (113.67 meter).

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kemungkinan banjir untuk kawasan sekitar Sungai Selangau B di daerah Selangau, Sarawak, berikutan aras air sungai itu melebihi paras bahaya iaitu 17.92 meter. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan