Musa Hitam Bersara Dari Sime Darby

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Musa Hitam. Foto THE STAR / AZHAR MAHFOF
Musa Hitam. Foto THE STAR / AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Tun Musa Hitam bersara sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd pada mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu pada Khamis selepas beliau menolak untuk dilantik semula sebagai seorang pengarah.

Sime Darby berkata, Musa terlebih dahulu menyatakan bahawa beliau akan bertanding semula pada AGM tahun ini seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat 2012.

“Bagaimanapun, beliau menjelaskan kepada lembaga pada pagi ini bahawa beliau, pada masa itu, tidak dapat menyatakan niat sebenarnya kerana beberapa sebab, termasuk keinginan untuk membendung spekulasi,” katanya.

Ia menambah, Musa juga berkata persaraan beliau adalah sesuatu yang asalnya telah dirancang lebih awal.

“Saya berniat untuk berkhidmat dengan Sime Darby untuk tiga tahun dari 2007. Bagaimanapun, kerana beberapa sebab, keputusan itu ditangguhkan sehingga sekarang. Sekarang, saya menyerahkan tampuk syarikat besar ini kepada pemimpin generasi seterusnya, saya berbuat demikian dengan rela hati,” kata kenyataan itu, memetik Tun Musa, ketika beliau menyatakannya kepada pemegang saham pada AGM.

Sime Darby berkata, berikutan persaraan beliau sebagai pengerusi dan pengarah Sime Darby, beliau juga berhenti daripada menjadi pengerusi jawatankuasa dan pencalonan Sime Darby.

Susulan daripada persaraan Musa, Tan Sri Samsudin Osman akan berkhidmat sebagai pengerusi lembaga sementara.

Musa, 79, dilantik menyertai lembaga Synergy Drive pada 29 September 2007 sebagai pengerusi dan pengarah bukan eksekutif.

Synergy Drive yang memperoleh Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantations dan Kumpulan Guthrie Bhd pada 2007 disenaraikan pada Bursa Malaysia kemudian sebagai Sime Darby Bhd.

Pada AGM yang diadakan pada Khamis, pemegang saham meluluskan dividen akhir tahap satu sebanyak 25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2012.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan