Murtad: Jais Beri Kerjasama Baik - Izzah

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi kerjasama baik terhadap penjelasan yang diberikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan beragama di negara ini.

Nurul Izzah berkata, pertemuan dengan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin pada Jumaat adalah bertujuan membuat aduan dan memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

"Saya beri aduan yang menyatakan perkara sebenar kepada Jais. Alhamdulillah Jais memberi kerjasama yang baik.

"Saya pergi bersama peguam saya...saya fikir setakat itu kenyataan saya (hari ini)," katanya kepada pemberita di lobi Jais di Bangunan Sultan Idris Shah, dekat sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menyatakan kesediaan untuk berkerjasama lagi dengan Jais sekiranya diperlukan.

"Saya bersedia untuk berkerjasama dengan Jais," katanya, ringkas.

Ditanya mengenai komen Pengarah Jais dalam pertemuannya yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu, Izzah enggan mengulas.

"Saya fikir (anda) boleh terus berhubung dengan Jais. Peringkat saya, kerjasama yang diberikan...baik," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata selain memberikan penjelasan dia juga telah memberikan keratan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa memfitnahnya berserta transkrip.

Nurul Izzah tiba di lobi Jais bersama peguamnya Fadlina Sidek tepat pukul 11.00 pagi.

Fadlina ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu berkata pihaknya akan memberikan kerjasama dari masa ke semasa kepada Jais.

"Kita akan beri kerjasama dari masa ke semasa bergantung kepada aduan dan penjelasan yang kita buat, itu penting.

"Kita bukan serah diri, tapi beri aduan dan penjelasan," tegasnya.

Sementara itu Jais dalam kenyataannya mengesahkan kehadiran Izzah yang hadir memberi penjelasan berkaitan isu berbangkit.

Sabtu lalu, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di negara ini tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu.

Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Lebih kontroversi, akhbar Utusan Malaysia kemudiannya memetik dan menyiarkan semua kenyataan Nurul Izzah pada Isnin.

Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan menafikan beliau menyokong gejala murtad.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan