Media Arus Perdana Perlu Kekal Kredibiliti - KSN

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Media arus perdana perlu mengekalkan kredibiliti mereka supaya menjadi rujukan yang diyakini rakyat sepanjang masa, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata ungkapan 'mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang' jelas menunjukkan bahawa media amat berpengaruh dalam kehidupan harian masyarakat.

Justeru, pihak media perlu menceritakan perkara yang benar seperti diamalkan selalu dengan prinsip neutraliti dan tidak dipengaruhi sentimen mana-mana pihak.

"Perkara ini penting kerana dalam ledakan media baharu, portal dan sebagainya, banyak berita ditokok tambah serta tohmahan, tuduhan dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Media di sini, Khamis malam.

Ali berkata hubungan yang terjalin antara media dan kerajaan membolehkan pihaknya berkongsi pengetahuan serta kepakaran dengan sektor swasta dan sebaliknya.

"Kita akui kadang-kadang kita kurang faham dengan peranan media yang melaporkan berita berdasarkan perspektif tertentu, tetapi inilah masanya untuk kita mendapatkan maklum balas untuk belajar, mendekati dan memahami peranan serta tugas masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan memang serius untuk menarik kaum bukan Melayu menyertai sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata usaha kerajaan, termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), telah menunjukkan peningkatan jumlah permohonan bukan Melayu sebanyak 5.6 peratus bagi tempoh Jun-Ogos berbanding hanya dua peratus bagi Januari-Mei, daripada 1.2 juta permohonan yang diterima.

Ali berkata setakat ini, lebih 80 peratus penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera lain diikuti Cina, India dan lain-lain. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan