Iskandar Malaysia Hampir Lepasi Pelaburan RM100 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Iskandar Malaysia telah bersedia untuk mencapai pelaburan RM100 bilion selepas mencatatkan RM99.79 bilion pelaburan terkumpul sehingga suku ketiga tahun ini.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata 42 peratus daripada jumlah pelaburan yang diperoleh telah dibelanjakan setakat September tahun ini.

Untuk tahun ini sahaja sehingga September, beliau berkata koridor ekonomi itu telah berjaya menarik sejumlah RM15 bilion dalam pelaburan kumulatif.

"Kami begitu agresif dalam usaha promosi kami untuk menarik lebih ramai pelabur ke Iskandar Malaysia. Saya gembira melihat projek pemangkin seperti Legoland Malaysia juga telah membantu mengukuhkan nilai proposisi Iskandar Malaysia di platform global," kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Kami yakin yang RM100 bilion boleh dicapai tidak lama lagi," kata beliau dalam maklumat terkini jumlah kumulatif Iskandar Malaysia yang telah dicapai sejak koridor ekonomi berkeluasan 2,217 km persegi, bersempadan Malaysia, dilancarkan enam tahun lepas.

Menurut beliau, 63 peratus (RM62.7 billion) daripada pelaburan kumulatif yang diterima datang daripada sumber domestik sementara 37 peratus (RM37.09 bilion) ialah daripada entiti asing.

Dalam tahun 2008, nisbah ialah 45 peratus domestik dan 55 peratus asing, kata beliau. "Kami melihat peralihan ini sebagai sesuatu yang positif dan menggalakkan dan pada masa yang sama pelaburan akan terus mengalir masuk dan peserta domestik juga dipastikan yang mereka tidak akan ketinggalan di belakang," kata beliau.

Daripada jumlah RM99.79 bilion pelaburan kumulatif yang dicatatkan oleh Iskandar Malaysia, pelaburan dalam pembuatan menguasai RM33.36 bilion, hartanah RM32.94 bilion, kerajaan RM7.31 bilion, utiliti RM9.52 bilion, pelancongan RM2.03 bilion dan lain-lain RM14.63 bilion.

IRDA berkata ia akan terus menjangkau ke pelbagai pemegang saham menerusi acara-acara seperti Hari Terbuka Transformasi JB, Sidang Kemuncak Kelestarian Iskandar Malaysia, Festival Pembelajaran Iskandar dan Forum Transformasi Bersama.

Bulan depan, Iskandar Malaysia akan menjadi hos kepada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan IRDA dan rakan-rakannya berharap dapat bersama-sama lebih 1,500 delegasi yang akan menyertai acara itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan