Pelabur Bestino Adakah Demonstrasi Di Ipoh

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keadaan trafik perlahan sehingga menyebabkan kesesakan di Little India di sini apabila kira-kira 100 pelabur Bestino mengadakan demonstrasi selama sejam pada Rabu.

Mereka memegang sepanduk dan pelekat, mereka menuntut Pengarah Urusan Bestino Golden House Bhd, Chong Yuk Ming supaya menyediakan bukti bahawa syarikat itu mempunyai dana yang mencukupi untuk mengembalikan semula wang mereka daripada skim pelaburan emas.

Jurucakap jawatankuasa bagi tindakan pelabur Bestino iaitu K. Kunasekaran berkata, Chong mendakwa bahawa firma pelaburan emas itu mempunyai AS$146 juta (RM440 juta) dalam akaunnya di luar negara di Virgin Islands, cukup untuk membayar balik kepada lebih 6,700 pelabur yang dipercayai telah melaburkan kira-kira RM411 juta dalam skim yang dijalankan syarikat itu.

“Chong telah berjanji untuk melengkapkan dokuman untuk mengotakan dakwaannya menjelang 30 September, tetapi gagal untuk berbuat demikian.

“Beliau juga sepatutnya memberi maklumat mengenai status dan di mana jongkong emas itu yang dimiliki oleh pelabur Bestino, serta aset-aset syarikat,” katanya.

Kunasekaran menambah, beliau tidak yakin dengan syarikat itu apabila ia gagal untuk memenuhi jaminannya sebelum ini untuk mengembalikan wang kepada para pelabur menjelang 30 April.

Mereka diberitahu bahawa wang itu, yang berada dalam akaun HSBC Bank milik syarikat pada masa itu, tidak boleh dikeluarkan kerana isu-isu teknikal.

Pada 30 dan 31 Oktober, kumpulan penunjuk perasaan yang sama berkhemah di luar pejabat Perdana Menteri di sini untuk mendapat bantuan beliau untuk mendapatkan pelaburan mereka selepas bank pusat telah membekukan akaun Bestino pada 2009 kerana perbicaraan ditangguhkan.

Mereka bersurai selepas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk mengadakan satu perjumpaan antara para pelabur dan Bank Negara, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Pengarah-pengarah Bestino dan peguam para pelabur.

Tarikh perjumpaan masih belum ditetapkan.

Bank Negara telah mengadakan serbuan ke atas pejabat Bestino kerana mensyaki ia mengambil wang deposit secara haram.

Bank pusat itu merampas RM24.2 juta, di mana ia dijadikan sebagai bukti proses perbicaraan mahkamah yang ditangguhkan.

Tahun lepas, pengarah urusan Bestino, Chong Yuk Ming dan tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh dan Kuala Lumpur dengan 300 pertuduhan terhadap penggubahan wang haram dan menerima deposit tanpa lesen yang sah.

Dakwaan itu di bawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram 2001 dan Akta Bank dan Insititusi-institusi Kewangan 1989.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan